Latest News

Keenakan Nasi Kerabu Awie, Kemaman

Kedai nasi kerabu Awie yang terletak di Kampung Pandan ini bukan lagi asing bagi penduduk sekitar Bandar Kemaman. Malah, terdapat juga penduduk dari Kerteh dan Kuantan yang datang semata - mata untuk mendapatkan dan merasai keenakan nasi kerabu yang dijual di sini, terutamanya pada hujung minggu.

Kedai yang dibuka setiap hari, melainkan hari Sabtu ini sentiasa menerima kunjungan ramai, bahkan mereka seperti tidak lengkap sekiranya tidak dapat merasai keenakan nasi kerabu Abang Awie ini walaupun sekali seminggu.

Begitu juga dengan kami, kerana kesemua masakan yang dijual di sini, 'kena' dengan selera kami, dan juga masyarakat sekitar. Antara masakan yang paling kami gemari adalah nasi kerabunya. Ini kerana, selain rasa sambal tumisnya yang enak, dan di tambah dengan budu, sambal kelapa serta ulam - ulaman, terdapat juga ayam dan daging bakar yang pasti menambat selera pelanggan. 

Selain dari nasi kerabu, terdapat juga nasi berlauk, nasi lemak dan kuih muih sebagai pilihan kepada semua pelanggan yang datang makan di sini yang kebanyakannya di masak sendiri oleh Abang Awie dan pekerjanya. Masakan turun temurun, warisan dari keluarganya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini memang menambat hati pelanggan. Singgah lah di kedai ini sekiranya anda berkunjung ke Kemaman ini. Pasti anda akan berpuas hati.

Nasi kerabu berlauk ayam bakar
Proses membakar ayam dan daging

Nasi kerabu berlauk daging bakar

Abang Awie sedang sibuk membakar ayam

Pelbagai masakan lain selain nasi kerabu di jual

Ayam Bakar

Pelanggan setia menunggu giliran

Abang Awie

Tags: , , ,

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply