Latest News
Hari ni, kami di pihak TTDI telah mendapat jemputan dari pihak penganjur untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Blog Pelancongan yang telah di adakan baru - baru ini.
Sebagai kenangan, di lampirkan di sini untuk tatapan semua. InsyaAllah jika diberi kelapangan, kami akan ke Kuala Terengganu selasa ini..
_____________________________________________________

PENGARAH UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU
Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan
Anda Yang Dihormati (Peserta Layak Pertandingan)
Ke :
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010
Tarikh : 2 November 2010 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
Pakaian : Kemas / Pejabat / Batik
>>> Sila Sahkan Kehadiran Kepada : Urusetia PBPT 2010,
Tel : 09-6230582 ; Fax : 09-6317504
“MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”
ATURCARA
4.30 petang : Ketibaan Jemputan
4.50 petang : Ketibaan VIP
5.00 petang : Ketibaan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu
: Bacaan Doa
: Ucapan YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri,
Terengganu.
: Ucapan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu
5.50 petang : Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Blog
Pelancongan Terengganu 2010
6.00 petang : Keputusan dan Penyampaian Hadiah
Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010
: Sesi Bergambar
: Jamuan Ringan
: Bersurai
Ucap syukur kami kepadaNya kerana dengan izinNya, kami telah terpilih dan tersenarai di antara blog - blog yang layak dalam pertandingan ini. Apapun, kami di pihak TTDI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus untuk memastikan hanya yang layak akan di pilih sebagai pemenang. Kami ucapkan syabas kepada semua pemilik blog yang telah terpilih, dan selamat maju jaya kepada semua. Moga bermanfaat buat semua. InsyaAllah.
Sedar atau tidak maka pada malam ini genaplah sudah tempoh 6 bulan, kita sama-sama berkongsi segala pengetahuan dan informasi mengenai negeri Terengganu tercinta ini. Maka dengan itu, berakhirlah sudah tempoh pertandingan blog pelancongan negeri Terengganu yang dianjurkan buat julung kalinya.
Namun, bagi TTDI kesinambungan mempromosi tempat-tempat menarik dan segala khazanah negeri Terengganu haruslah diteruskan sampai bila-bila. Dengan itu, TTDI menyeru agar semua para peserta pertandingan agar terus mengemaskini blog masing-masing dengan informasi terkini, cerita yang mencuit hati dan gambar-gambar yang penuh erti. Jadikan platform ini sebagai salah satu tanggung jawab sosial yang perlu kita tunaikan. Teruskan perjuangan, Selamat Maju Jaya!
" Terengganu will always welcomes the world..."
Buat semua sahabat dan kawan seperjuangan, kami memohon ampun dan maaf di atas segala silap kami. Perjuangan perlu di teruskan. Semoga berjaya.. wassalam
Banner yang sangat menarik dan strategik.
Melalui banner inilah, kami dapat mengetahui tentang pertandingan blog yang masih berlangsung sehingga sekarang dan akan tamat pada 30 September nanti.

Amat tepat ungkapan pihak penganjur, iaitu THE RACE IS ON, AND THE PACE IS HOT…
Hari yang ditempuhi semakin mendebarkan semua peserta yang menyertai pertandingan ini. Pelbagai tempat yang menarik di lawati, dengan kaedah penceritaan yang tersendiri. Demi menjalankan tanggungjawab sebagai warga negeri Terengganu dalam mempromosikan negeri ini kepada umum.
Satu usaha yang murni. Kami di pihak TTDI mengucapkan selamat maju jaya kepada semua, dan doakan kejayaan kami juga. Apapun, kami sangat berterima kasih sekali lagi terhadap banner di atas kerana melaluinya lah, kami dapat sampai ke tahap sekarang.
Moga yang terbaik buat semua. Wassalam

Today, as at 16th of August 2010, TTDI Tourism Terengganu Darul Iman was ranked number six in the google search.
Really appreciate and thank to all who have supported us over the years.

TERENGGANU ~ sebuah negeri yang menarik untuk di lawati, terletak di pantai timur utara semenanjung Malaysia. Bahagian barat laut pula bersempadan dengan Kelantan, manakala barat daya bersempadan dengan Pahang, dan di timur pula bertentangan dengan Laut China Selatan.
"Terengganu Welcomes The World" dipilih sebagai tagline kerana seperti yang kita tahu, Terengganu merupakan salah satu destinasi percutian yang menjadi kegemaran kepada pengunjung luar dan juga dalam negeri kerana 'pakej luar biasa' yang akan diperolehi sepanjang berkunjung ke negeri ini.
Keseronokan bermain air laut, berehat di pulau, menginap di resort bukit, melawat bandar yang menarik, bahkan dapat menikmati pemandangan berbeza semasa ke 'Taman' hutan merupakan antara pakej yang di tawarkan.
Terengganu juga mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan, samada menginap di hotel mewah atau menyewa di resort pantai, bersesuaian dengan citarasa anda. Selain itu, terdapat juga penginapan yang berharga sederhana, sesuai bagi anda yang mencari tempat penginapan yang lebih murah dan semua pilihan ini adalah bergantung kepada bajet anda.
Selain itu, pelbagai masakan tempatan yang pedas dan lazat juga dapat ditemui di restoran di sekitar negeri Terengganu.
Dengan ini, TTDI [TourismTerengganuDarulIman] telah direka khas bagi memberikan peluang kepada anda yang masih tercari - cari tempat menarik untuk dikunjungi, kerana di TTDI, kami menghimpunkan kesemua maklumat yang berkaitan dengan pelancongan sebagai kemudahan anda semua. Semoga dengan adanya TTDI, ianya dapat dimanfaatkan oleh semua dan menjadikan Terengganu sebagai destinasi percutian anda selepas ini.

Salam buat semua.
Segala puji dipanjatkan kepadaNya kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami ( saya dan suami ) membangunkan suatu blog yang pada hemat kami, amat berguna buat semua, terutamanya kepada mereka yang ingin berkunjung ke negeri Terengganu ini.
Memilih Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara pada halaman utama dan kebanyakan halaman TTDI, kerana sejajar dengan saranan YAB Ahmad Said untuk memperkenalkan Terengganu bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh pelusuk dunia. Hanya dalam Bahasa Inggeris, ianya lebih mudah difahami memandangkan ianya adalah bahasa perantaraan dunia. Oleh itu, cara penyampaian kami di halaman ini juga agak formal, berbanding di halaman ShareStory.
Bahasa Malaysia kami peruntukan di halaman ShareStory, kerana di sini kami menyediakan perhidmatan untuk orang luar berkongsi pengalaman dan cerita menarik mereka sepanjang mereka berkunjung ke Negeri Terengganu ini, di samping cerita kami sendiri.
Selari juga dengan tagline kami, iaitu "Terengganu Welcomes The World", dengan harapan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung dan pelancong dari luar dan dalam ke negeri ini.
Bertitik tolak dari satu pertandingan blog yang dilancarkan, kami memegang amanah untuk mempromosikan Negeri kecintaan kami ini dengan cara dan perspektif yang tersendiri.
Bukan sekadar untuk memenangi 'suatu pertandingan', tetapi amanah yang digalas adalah yang paling utama, iaitu di samping memperkenalkan dan mempromosikan negeri Terengganu ini dengan lebih meluas, kami juga secara tidak langsung dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat - tempat menarik serta sejarah yang berkaitan dengan negeri Terengganu ini.
Semoga dengan usaha yang sedikit dari kami ini, akan membuahkan hasil yang paling bermanfaat buat semua.
InsyaAllah.
Buat semua kawan lain yang juga menyertai pertandingan ini, selamat maju jaya kami ucapkan. Semoga segala apa yang kita laksanakan ini akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah.. Amin.
Wassalam.
- TTDI's Admin -

The charming city of Terengganu is located on the north-eastern coast of the peninsula and bordered in the northwest by Kelantan, the southwest by Pahang, and the east by the South China Sea.