Latest News

U-Bowl @ Mesra Mall

Jika sebelum ini, penduduk Terengganu yang berada di sekitar Kemaman, Kerteh dan Dungun perlu ke Bandar Kuantan untuk bermain bowling.

Namun selepas pembukaan U-Bowl di Mesra Mall Kemasik, menjadikan penggemar permainan ini tidak lagi perlu bersusah payah ke sana lagi.

Semenjak pembukaannya, ianya menerima kunjungan yang memberangsangkan, tidak kira dari pihak persendirian, keluarga mahupun dari syarikat - syarikat sekitar yang gemar mengadakan tournament bagi pekerja mereka.

Perkhidmatan yang disediakan di sini juga setaraf dengan Pusat Bowling yang terdapat di negeri lain. Ini menjadikan ianya antara tarikan baru bagi penduduk di sekitar Terengganu dan juga kepada penduduk luar yang datang negeri ini.

Selain dapat memberikan sukan alternatif kepada semua, ianya juga dapat berfungsi sebagai pengikat tali persaudaraan antara ahli keluarga kerana banyak juga penyertaan yang diterima adalah dari kalangan mereka yang menjadikan permainan bowling ini sebagai salah satu aktiviti keluarga di hari minggu. Dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan, ianya boleh disertai oleh segenap golongan.
Tags: , , ,

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply