Latest News

Sekapur Sireh dari Admin TTDI

Salam buat semua.

Segala puji dipanjatkan kepadaNya kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami ( saya dan suami ) membangunkan suatu blog yang pada hemat kami, amat berguna buat semua, terutamanya kepada mereka yang ingin berkunjung ke negeri Terengganu ini.

Memilih Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara pada halaman utama dan kebanyakan halaman TTDI, kerana sejajar dengan saranan YAB Ahmad Said untuk memperkenalkan Terengganu bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh pelusuk dunia. Hanya dalam Bahasa Inggeris, ianya lebih mudah difahami memandangkan ianya adalah bahasa perantaraan dunia. Oleh itu, cara penyampaian kami di halaman ini juga agak formal, berbanding di halaman ShareStory.

Bahasa Malaysia kami peruntukan di halaman ShareStory, kerana di sini kami menyediakan perhidmatan untuk orang luar berkongsi pengalaman dan cerita menarik mereka sepanjang mereka berkunjung ke Negeri Terengganu ini, di samping cerita kami sendiri.

Selari juga dengan tagline kami, iaitu "Terengganu Welcomes The World", dengan harapan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung dan pelancong dari luar dan dalam ke negeri ini.

Bertitik tolak dari satu pertandingan blog yang dilancarkan, kami memegang amanah untuk mempromosikan Negeri kecintaan kami ini dengan cara dan perspektif yang tersendiri.

Bukan sekadar untuk memenangi 'suatu pertandingan', tetapi amanah yang digalas adalah yang paling utama, iaitu di samping memperkenalkan dan mempromosikan negeri Terengganu ini dengan lebih meluas, kami juga secara tidak langsung dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat - tempat menarik serta sejarah yang berkaitan dengan negeri Terengganu ini.

Semoga dengan usaha yang sedikit dari kami ini, akan membuahkan hasil yang paling bermanfaat buat semua.

InsyaAllah.

Buat semua kawan lain yang juga menyertai pertandingan ini, selamat maju jaya kami ucapkan. Semoga segala apa yang kita laksanakan ini akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah.. Amin.

Wassalam.
- TTDI's Admin -
Tags:

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply