Latest News

Pengalaman di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Selepas pembukaan secara rasmi Taman Rekreasi dan Mini Zoo pada 11 April 2009 yang lalu, menjadikan tempat ini salah satu tarikan utama pelancong dari luar ke Daerah Kemaman ini. 

 
 Tidak terkecuali juga penduduk setempat yang amat menghargai jasa baik pihak berkuasa yang mengadakan taman rekreasi sebegini dengan melawat taman ini tanpa perlu bersusah ke negeri lain bagi melihat dan mengenali binatang - binatang yang kebanyakan nya hampir pupus dan sukar untuk di saksikan di tempat awam ini. 

Antara perkara yang mengujakan anak - anak semasa ke sana adalah melihat binatang darat yang terbesar iaitu gajah. Gajah - gajah ini dibawa khas untuk tontonan mereka yang datang berkunjung ke tempat ini. 
 
Satu pondok yang tinggi disediakan kepada pengunjung yang ingin melihat gajah dengan lebih dekat.
Kami dimaklumkan, terdapat juga khidmat untuk menunggang gajah, namun kami tidak mengambil kesempatan itu kerana anak - anak masih lagi takut dengan gajah - gajah ini apabila mereka menghampiri kami walaupun teruja pada mulanya. 

Antara tarikan lain yang terdapat di Mini Zoo ini ialah 2 ekor ikan Arapaima ( Ikan Naga) yang sangat besar menyambut anda sebaik sahaja anda memasuki perkarangan Mini Zoo ini. Diletakkan di dalam akuarium yang besar dan dijaga dengan rapi oleh pihak pengurusan zoo.

Selain dari itu, terdapat pelbagai jenis binatang lagi yang boleh di lihat sepanjang berada di Mini Zoo ini. 
Antaranya ialah pelbagai jenis burung, beruang, ular, memerang dan yang terbaru adalah dua ekor Harimau Malaya yang disumbangkan oleh pihak Zoo Melaka pada 2 April 2010. Harimau ini diletakkan di dalam kandang nya yang dibuat khas, seperti tempat tinggal nya yang asal, dan anda boleh melihat harimau ini samada dari cermin kaca ataupun menaiki jambatan gantung yang disediakan.
Tarikan terbaru ini pasti akan lebih menaikkan jumlah pengunjung ke Mini Zoo ini.


Setelah puas melihat binatang yang terdapat di Mini Zoo ini, jangan lepas kan peluang membawa anak - anak anda ke Taman Rekreasi yang juga menjadi tumpuan pengunjung di sini. 
Di sini di tempatkan taman permainan untuk kanak - kanak serta di sediakan juga perkhidmatan kolam mandi yang sesuai untuk keluarga yang gemar membawa anak - anak mandi manda dengan harga yang sangat berpatutan.

Setelah penat bermain di taman permainan, kami berangkat pulang. Kepenatan kami berbaloi kerana segala yang kami lalui ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga buat anak - anak khasnya. 

Di samping itu, kami berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan dan dengan tiket yang berharga RM10 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak - kanak, sangat berpatutan untuk semua jika ingin dibandingkan dengan pengalaman yang diperolehi. 
Suatu hari nanti, kami pasti akan berkunjung lagi ke sini.
Tags:

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply