Latest News

Kesinambungan yang mesti diteruskan...


Sedar atau tidak maka pada malam ini genaplah sudah tempoh 6 bulan, kita sama-sama berkongsi segala pengetahuan dan informasi mengenai negeri Terengganu tercinta ini. Maka dengan itu, berakhirlah sudah tempoh pertandingan blog pelancongan negeri Terengganu yang dianjurkan buat julung kalinya.

Namun, bagi TTDI kesinambungan mempromosi tempat-tempat menarik dan segala khazanah negeri Terengganu haruslah diteruskan sampai bila-bila. Dengan itu, TTDI menyeru agar semua para peserta pertandingan agar terus mengemaskini blog masing-masing dengan informasi terkini, cerita yang mencuit hati dan gambar-gambar yang penuh erti. Jadikan platform ini sebagai salah satu tanggung jawab sosial yang perlu kita tunaikan. Teruskan perjuangan, Selamat Maju Jaya!

" Terengganu will always welcomes the world..."
Tags:

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply