Latest News

Naikkan pari 36 kilo di laut dalam Kemaman

Sesekali mengutip pengalaman yang berbeza dari biasa, pasti meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan. 
Sebagaimana yang kami alami sewaktu memancing di laut dalam Kemaman pada minggu lepas merupakan suatu pengalaman yang akan sentiasa di ingati.Ini kerana dengan usaha kami, dapat menaikkan pari yang seberat 36kilogram, yang pastinya jarang - jarang sekali dikecapi oleh mereka yang masih lagi baru dalam bidang ini seperti kami.

Bercerita tentang pengalaman kami kali ini, bot yang  berharga RM500 semalaman telah disewa hasil perkongsian saya dan kawan - kawan. Kami dapat menyewanya dengan harga yang agak murah berbanding kebiasaan kerana kami kenal dengan pemilik bot tersebut.
Kami bertolak dari jeti Kuala Kemaman selepas asar, dan pulang pada pagi keesokan hari nya. Umpan yang kami gunakan kali ini adalah umpan sotong.
Memang usaha kami itu membuahkan hasil yang tidak di sangka - sangka kerana pada hakikatnya kita tidak dapat menjangka bilakah umpan kita akan di sambar oleh ikan - ikan yang terdapat dilautan yang terbentang luas itu. Dan, kami yakin dan sedar bahawa inilah yang dinamakan rezeki yang datang dari Allah, menggerakkan hati ikan pari itu untuk menyambar salah satu dari umpan yang kami berikan. Kami bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ini dan pengalaman yang kami perolehi ini.
Pengalaman yang kami garap kali ini, saya nukilkan untuk tatapan semua bagi mendekatkan lagi diri kita dengan Allah kerana semua sumber rezeki yang kita dapat, hakikatnya adalah dari Allah S.W.T semata - mata. Sekiranya kita berusaha, InsyaAllah akan ada ganjaran dariNya atas apa yang kita usahakan. Yakin dengan janji Allah.

Tags: , ,

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

1 comments

  1. Subhanallah...maha suci Allah yang meledakkan rezekiNya kepada sesiapa yang dikehendaki

Leave a Reply