Latest News

TTDI menggamit dunia ke Terengganu

TERENGGANU ~ sebuah negeri yang menarik untuk di lawati, terletak di pantai timur utara semenanjung Malaysia. Bahagian barat laut pula bersempadan dengan Kelantan, manakala barat daya bersempadan dengan Pahang, dan di timur pula bertentangan dengan  Laut China Selatan.


"Terengganu Welcomes The World" dipilih sebagai tagline kerana seperti yang kita tahu, Terengganu merupakan salah satu destinasi percutian yang menjadi kegemaran kepada pengunjung luar dan juga dalam negeri kerana 'pakej luar biasa' yang akan diperolehi sepanjang berkunjung ke negeri ini.

Keseronokan bermain air laut, berehat di pulau, menginap di resort bukit, melawat bandar yang menarik, bahkan dapat menikmati pemandangan berbeza semasa ke 'Taman' hutan merupakan antara pakej yang di tawarkan.


Terengganu juga mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan, samada menginap di hotel mewah atau menyewa di resort pantai, bersesuaian dengan citarasa anda. Selain itu, terdapat juga penginapan yang berharga sederhana, sesuai bagi anda yang mencari tempat penginapan yang lebih murah dan semua pilihan ini adalah bergantung kepada bajet anda.


Selain itu, pelbagai masakan tempatan yang pedas dan lazat juga dapat ditemui di restoran di sekitar negeri Terengganu.


Dengan ini, TTDI [TourismTerengganuDarulIman] telah direka khas bagi memberikan peluang kepada anda yang masih tercari - cari tempat menarik untuk dikunjungi, kerana di TTDI, kami menghimpunkan kesemua maklumat yang berkaitan dengan pelancongan sebagai kemudahan anda semua. Semoga dengan adanya TTDI, ianya dapat dimanfaatkan oleh semua dan menjadikan Terengganu sebagai destinasi percutian anda selepas ini.
Tags:

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply