Latest News

ShareStory : Bercuti di Pelong

Salah satu tempat yang kami tidak pernah sampai sebelum ini, ialah Pelong yang mana penempatan yang berada di bawah Daerah Setiu. Jika tidak kerana abang sulung kami yang terpaksa berpindah ke sana, bekerja di bahagian pengurusan ladang di Felcra Pelong Sungai Tong, Setiu, tidak mungkin kami akan sampai ke sana.

Benar kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Begitu juga dengan kami.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Paka, melalui Lebuhraya Jerangau Jabur, melalui Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Ajil seterusnya ke Bandar Kuala Berang sebelum sampai ke destinasi kami, merupakan suatu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan.

Selepas dua tiga kali kami berhubung dengan abang untuk mengetahui lokasi sebenar, ada juga yang kami tersilap masuk simpang. Maka terpaksa lah kami berpatah semula ke tempat yang dituju.

Terdapat salah satu simpang yang mana, salah satunya adalah jalan menuju ke sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di negara ini, iaitu Tasik Kenyir. Menurut abang, hanya beberapa kilometer sahaja dari simpang itu, kami akan sampai ke Tasik Kenyir itu. Namun, disebabkan kami sudah ada perancangan lain, iaitu menziarahi abang sambil 'makan angin' di Pelong, maka kami teruskan dengan niat sebenar kami.

Pada mulanya, kami anggarkan rumah abang hanya beberapa minit sahaja dari simpang yang telah kami ambil itu, namun semuanya meleset. Ini kerana lebih kurang setengah jam, kami terpaksa meredah hutan yang tidak nampak satu pun penempatan orang, melainkan sesekali ternampak kelibat orang asli yang sibuk dengan rutin mereka. Sebenarnya kami agak cuak, benarkah tempat yang kami tuju ini. Adakah kami sudah tersalah jalan sekali lagi?..

Setelah penat berteka teki, maka kami pun terjumpa satu penempatan yang kira - kiranya itulah destinasi yang kami tuju. Abang telah memberikan petunjuk untuk kami, supaya menunggu nya di salah sebuah sekolah yang terdapat di jalan yang kami lalui itu. Sesampai nya kami di situ, terdapat kereta abang yang telah bersedia membawa kami ke rumahnya yang terletak hanya beberapa meter dari sekolah itu.

Gembira dengan kedatangan kami, abang telah menyediakan hidangan makan tengahari yang sangat enak dan disebabkan sekarang merupakan musim durian, maka kami dapat merasai durian kampung yang telah dibeli oleh abang.

 Di sebabkan kawasan ini agak jauh ke pedalaman, maka siaran televesyen tidak dapat diterima di sini. Maka terpaksalah abang melanggan stesen TV swasta, iaitu Astro bagi membolehkan dapat melihat berita dan siaran di Malaysia ini.
Di samping merasai keenakan durian, kami juga dapat mengecap kemanisan buah manggis yang putih bersih ini. Sangat enak, dan sangat manis rasanya.

Aktiviti yang di tunggu - tunggu oleh semua, terutamanya anak - anak, iaitu mandi manda di Sungai Pelong yang terletak berhampiran dengan rumah abang. Kami bernasib baik kerana tiada pengunjung lain sepanjang kami berada di sana, melainkan kami anak beranak.

Air nya yang sangat jernih dan sejuk sangat mengujakan anak - anak. Sepanjang sungai tempat yang kami singgah itu, kebanyakan nya cetek dan amat sesuai untuk anak anak bermain.

Kami juga amat bernasib baik kerana cuaca juga berkeadaan baik pada hari itu, membolehkan kami bermandi manda di situ tanpa rasa risau. Ini kerana, agak bahaya sekiranya terdapat hujan yang membolehkan air bukit yang deras akan menuruni sungai itu, yang menyebabkan ianya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda.

Inilah saat yang paling mama suka, iaitu dapat 'terapi percuma' dari sumber alam semulajadi. Ianya sangat mengujakan mama, dan terapi ini tidak mungkin diperolehi di kedai - kedai biasa.

Jam menunjukkan pukul 6 petang, kami pun beransur pulang ke kediaman abang. Malam itu, kami bermalam di rumah abang dan pulang ke Paka keesokan harinya.

Kami semua amat gembira dengan percutian hujung minggu kami ini, dan berhajat untuk ke sini lagi di lain masa.
Tags: ,

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply