Latest News

Mercu tanda sekitar Kemaman

Bertarikh pada 1 Januari 2002, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah Kemaman ke Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Enakmen Negeri Terengganu, Bil 5 tahun 2002.

Kawasan operasi MPK ketika ini berkeluasan 1,335.081 km persegi merangkumi dua belas buah mukim iaitu Chukai, Banggol, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kertih, Binjai, Pasir Semut, Tebak Hulu Cukai, Bandi dan Hulu Jabur.

Pada 18 Julai 1996, persempadanan MPK telah dibuat perluasan di mana Kerajaan Negeri telah mewartakan seluruh Daerah Kemaman sebagai kawasan MPK. Ini menjadikan kawasan tadbir MPK seluas 2,535.59 km persegi.

Kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu :

1.Mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang.
2.Memperolehi pendapatan tahunan melebihi 10 juta.
3.Mempunyai kemudahan infrastruktur bagi kebajikan penduduk.
4.Mempunyai pusat bandar setaraf ibu negeri.
5.Keperluan penduduk lebih kepada perbandaran.

Selepas Kemaman di isytiharkan sebagai sebuah bandaraya, maka pembangunan yang semakin pesat dilakukan di sekitar Bandar Kemaman. Selain daripada penambahbaikan infrastuktur, terdapat juga beberapa mercu tanda baru di bina di sekitar bandar ini yang dapat anda lihat sekiranya berkunjung ke sini.

Antara mercu tanda yang terkenal di sini ialah yang terletak di tengah persimpangan utama menuju ke Kuantan, Balai Bomba dan juga simpang ke Bandar Chukai Utama.

Mercu tanda yang di bina ini sangat unik dan agak berbeza dari mercu tanda yang terdapat di tempat lain. Terdapat dalam tiga jenis rekabentuk, dan salah satunya adalah berbentuk 'globe' dan ada juga berbentuk kapal, sebagai lambang kepada Bandar Kemaman yang terkenal dengan perusahaan perkapalan.  

Di sekitar mercu tanda ini, di hias dengan air pancut dan juga pelbagai pokok bunga bagi mencantikkan lagi pemandangan di sekelilingnya. Pemandangan nya akan bertambah cantik di waktu malam kerana ianya di hiasi dengan lampu yang pelbagai warna.


Arca ini pula terdapat di kawasan Taman Awam Bandar Cukai, ataupun ianya lebih di kenali sebagai Padang Astaka.

Taman ini yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur bagi kemudahan semua penduduk sekitar dan juga pengunjung dari luar. Selain terdapat padang yang luas untuk dilakukan pelbagai aktiviti, terdapat juga tempat bersukan yang dilengkapi dengan pelbagai alat bersukan untuk kegunaan semua.

Waktu pagi dan petang merupakan waktu kemuncak bagi penduduk sekitar melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga.
Di samping di sediakan tempat bersukan untuk orang dewasa, terdapat juga kawasan permainan yang agak luas dan selesa bagi kanak - kanak bermain. Di taman permainan ini juga, dilengkapi pelbagai jenis alat permainan yang sesuai bagi kanak - kanak seawal usia 1 tahun, dengan pengawasan ibubapa.

Alat permainan seperti jongkang jongkit, buaian, gelungsur dan pelbagai jenis lagi terdapat di sini dan ianya di sediakan secara percuma kepada semua pengunjung.

Bandar kemaman dalam usaha mencapaikan impian "Kemaman Idaman 2015", oleh itu pelbagai usaha yang telah dilakukan dan akan dilaksanakan. Semua ini adalah untuk kebaikan semua, supaya Kemaman akan menjadi sebuah bandaraya contoh dan selamat untuk di diami dapat hidup dengan harmoni.
Tags: , ,

About author

Terima kasih atas kunjungan anda ke TTDI. Sila tinggalkan pesanan anda di dalam kotak komen di bawah.

0 comments

Leave a Reply